Assalamualaikum.. .. lame gila aku tak update blog aku ni.. almaklum la.. kemalasan bercampur dengan ketiadaan masa, dan hasilnya blog aku ni bersarang labah-labah.. sepanjang aku tak menulis kat sini, macam-macam benda da berlaku kat diri aku ni.. hohoho~ aku naik basikal keliling KL, naik basikal panjat Ulu Yam, aku g rumah terbuka sempena raya, aku main counter strike tak henti-henti, aku tengok wayang, dan pelbagai lagi perkara-perkara normal.. hahahah~ paling best bila ehem..ehem..ehem..ehem..ehem..ehem..ehem..ehem..ehem..ehem..ehem.. ehem..ehem..ehem..ehem.. Masa peperiksaan, aku jawab pekse dengan seronoknya.. mak aku ada ckp.. "Mak ada buat solat hajat" hehehe.. terima kasih mak.. patut la jawab soalan dengan seronoknya..
Sempena dengan hari lahir aku semalam 20/11.. genap la aku 22 tahun.. aku nak je tulis 23 tahun.. huhuhuh.. dan aku dengan rasmi nya mengistihar kan hari membuka semula permikiran aku untuk kehidupan 22 tahun ni.. aku nak susun atur balik kehidupan aku.. mana nak letak nya keutamaan.. projek2 eks aku, aku kena susun balik, dari carian dan pembangunan sehingga selesainya projek eks tu..
Huhuhuhu.. semester depan aku praktikal.. tempat praktikal tak putuskan lagi.. okey la.. nak tido.. -.-'
Alahai nasib ko la tetikus.. ko rosak walaupn tak sampai setahun aku gune.. wuuuuuuuu~ tensen.. tensen.. tensennye... dia punya roda tu patah pulak, camne aku nk scroll nanti? huhuhuhu.. harap2 la aku dapat duit lebih, leh aku g beli razer.. aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!
giler tensen aku.. da la tugasan tak siap lagi ni.. isk!
Aku dah mula kelas minggu lepas, hurm, seperti mana yang aku duga akan ada byk masalah.. dari otak, hati sampai ke kaki.. hahaha~
Dan masalah terbaru adalah masalah unikl mengadakan sedikit kejutan, apabila undang-undang disiplin kembali diketatkan.. dan aku dan kawan2 yang berambut panjang telah ditahan diluar dari masuk untuk belajar, walaupun aku dah bagi jaminan yang aku akan potong selepas kelas, hurm.. ape nak buat.. takde rasa belas kasihan kat pelajar.. aku dengan hampa pon beredar la.. g la jmpa kawan2 yang senasib dan yang takde kelas.. (pssstt.. undang-undang dorang hampeh, sbb perempuan kat situ tak bertudung pn.. jadi ape salah kalau lelaki berambut panjang? agama ke dunia?)
Tapi takpe la, sebab aku pn ade pasang niat nk botak bila abis sem ni, jadi terpaksa la aku awalkan niat aku tu.. dan aku pn da botak sekarang.. hahah..
Kawan2 aku ckp kepala aku bentuk dia cam telur.. ada gak yang cakap cam alien.. hahaha.. aku rase aku ada kuasa mutan la.. sebab malam lepas aku gunting rambut aku mimpi ada satu kedai yang ada jual 2 air.. satu air botol satu air bungkus, tapi penjual dia org yang sama.. huhuhu.. ape kaitannya?
tapi bila pikir2 ade la juga siknifiken dia aku botak ni dengan unikl.. sebab banduan selalu botak di penjara..
p/s:- takleh tahan bila Aiman pon kene suruh gunting rambut..hahaha!
Huehuehue.. arini aku mendapat semula sambungan internet, setelah bil dijelaskan oleh Tat tengah hari tadi, terima kasi kepada Tat..
Aku baru je balik dari Melaka khamis lepas, aku, Nas dan Aiman telah ke Melaka bagi mengisi nafsu bercuti masing-masing, dan terhasilah Destinasiku yang ke 2, episod Melaka.. hehe.. ni kat bawah aku ada embed montaj yang Nas buat..
Kami berada di Melaka selama 2 hari 1 malam, terima kasih juga kepada Onie sebab sudi menjadi pemandu pelancong untuk kami.. Okey lah aku sambung cerita ni dengan gambar-gambar yang aku tangkap, baru belajar
Bertolak dari KL menaiki KTM komuter dari Bank Negara ke Seremban.
Tiba di Stesen Seremban. Mencari arah ke Terminal One.
Menaiki bas Transnasional, RM6.90. Menuju ke Melaka Sentral.
Tiba di Melaka Sentral, menunggu ketibaan Onie..
Onie datang dengan kereta, hehe.. membawa kami mencari tempat penginapan. Sasaran di sekitar Jonker Walk.
Kami mendapat tempat penginapan, dengan harga lebih kurang RM150 utk 4 org.
Hehehe.. jom mulakan ekspedisi..
Sesi bergambar di St. Paul Church.
Sebab sampai agak lewat, byk tempat yang da tutup, jadi kami pun berjalan2 menikmati suasana.
Setelah terserempak dengan bot di Sg Melaka ni, kiteorg pon rancang untuk menaikinya pada malam itu.. heheh
Sebelum menaiki bot, kiteorg g jengjalan kat sekitar Jonker Walk, aktiviti malam itu banyak dimonopoli oleh org tua .. memang bersemangat dorang ni..
Tak silap aku, tambang untuk bot tu rm10, dan kami telah dibawa menyusuri Sg Melaka selama 45 minit, seronok tu..
Malam tu kiteorg jadi kutu rayau, abis sume tempat kiteorg hinggap.. hehe.. best, tapi malam tu ada kejadian yang menyayat ati, dimana seekor tikus dilanggar mati di depan mata kiteorg.. huhuhu
Malam tu Onie datang, dan membawa kami bersiar ke sebuah kampung di tepi sungai, tempat tu memang cantik waktu memalam, sbb lampu yang menghiasi rumah dorang ni..
Pastu, Onie bawak kiteorg g makan asam pedas Melaka di Pokok Besar, haha.. memang terbaik lah asam pedas kat sini.. ye la, Melaka la katakan.. heheh~ Lepas makan tu kiteorg balik dan tidor.. hahah memang menaikkan lemak masing-masing..
Keesokkan harinya, kami melawat Muzium Budaya.. memang banyak ilmu baru yang aku dapat, dan membuatkan aku terasa cetek sangat mengenai budaya dan sejarah negara aku sendiri.. hehe~
Dan akhir sekali, kami melawat ke Mini Malaysia & Asean, agak terkejar-kejar juga sebab kami g beli tiket bas dulu sebelum kesini, dan bila sampai je situ, tak sempat nak meronda. Tapi situ memang menarik, tiket dia RM6 sahaja, banyak rumah yang kami masuk.. huhuh.. cantik..
Bas kami bertolak pada jam 8 malam, kami tergesa-gesa bertolak dari tempat ikan bakar, dan Alhamdulillah kami sempat menaiki bas kami. Walaupun hanya 2 hari saja tempoh untuk kiteorg bercuti, hehe.. kami berjaya melawat hampir 35+% tempat yang menarik di Melaka. Apa-apa pun terima kasih kepada Nas,Aiman dan Onie untuk percutian yang menarik ini.. Alhamdulillah..
Assalamualaikum.. hehe.. (malas lah nak cakap kedah, orang cakap aku cakap kedah cam cakap thailand)
Aku baru je lepas balik Kulim, Kedah. Hehe.. terima kasih kat Zaim sebab pelawa aku g sane.. terima kasih juga kerana dia byk tanggung aku kat sana, semoga Allah murahkan rezeki dia Percutian kali ini lebih kepada menenangkan fikiran, duduk lepak-lepak borak2 sambil mendengar bunyi-bunyi unggas/mergastua, huhuhuh tenang fikiran, tiap-tiap malam mimpi indah..
Kiteorg mulanya nak berkhemah kat halaman belakang rumah tinggal makcik Zaim, tapi keadaan tidak mengizinkan apabila hujan turun dengan lebat nye sehingga meruntuhkan khemah kami, dan memadamkan unggun api kami, ape lagi chow duk dalam rumah tinggal tu la, rumah tu da 3 tahun tidak berpenghuni.. haha.. mencabarkan? heheh~ dan untuk pengetahuan korang, da sebulan rasenya tak hujan kat situ.. huhuhu.. memang kedatangan kiteorg ni dicabar.. hahah
Kat situ gak kiteorg belajar memasak dengan dapur kayu.. best gak.. kira macam hidup berdikari sket la kat situ, dapat aku rase camne zaman abah ngan mak aku masa kecik2 dulu.. hehe.. situ yang seronoknya ada bukit depan rumah, dan rumah makcik Zaim ni agak terpelosok kedalam, takde jiran kiri kanan.. hehe.. hutan/semak kiri kanan.. sonok2.. ok lah, kita sambung tengok gambar aku yg tak seberapa ni..
Menaiki bas ke Kulim, RM33 bertolak pkl 10.30pg.
Mencekik kat stesen bas Kulim, RM5 nasi goreng kampung telur mata + limau ais.
Naik teksi ke rumah kawan Zaim, menginap 1 malam kat situ.
Sampai kat rumah kawan Zaim gi amik kunci rumah tinggal makcik Zaim.
Esoknya kiteorg naik bas bertolak ke Karangan, tempat untuk berkhemah.
Penat wo berjalan kaki dari simpang jalan sampai la ke rumah tinggal makcik zaim, +- 2KM. Haha! sampai jugak akhirnya~
Kiteorg disambut oleh beberapa ekor kelawar, rasa cam Batman dah..
Tertekan dengan khemah yang roboh, kiteorg pun mandi hujan. sonok2..
Suasana dihalaman rumah tinggal makcik Zaim.. indah permai..
Memasak nasik diluar rumah.. hehe~
Jutaan terima kasih kepada :- - Allah S.W.T - Zaim - Pakcik Adam dan isteri - Ustaz jiran rumah tinggal - Keluarga kawan Zaim - Kawan Zaim