Huehuehue.. arini aku mendapat semula sambungan internet, setelah bil dijelaskan oleh Tat tengah hari tadi, terima kasi kepada Tat..
Aku baru je balik dari Melaka khamis lepas, aku, Nas dan Aiman telah ke Melaka bagi mengisi nafsu bercuti masing-masing, dan terhasilah Destinasiku yang ke 2, episod Melaka.. hehe.. ni kat bawah aku ada embed montaj yang Nas buat..
Kami berada di Melaka selama 2 hari 1 malam, terima kasih juga kepada Onie sebab sudi menjadi pemandu pelancong untuk kami.. Okey lah aku sambung cerita ni dengan gambar-gambar yang aku tangkap, baru belajar
Bertolak dari KL menaiki KTM komuter dari Bank Negara ke Seremban.
Tiba di Stesen Seremban. Mencari arah ke Terminal One.
Menaiki bas Transnasional, RM6.90. Menuju ke Melaka Sentral.
Tiba di Melaka Sentral, menunggu ketibaan Onie..
Onie datang dengan kereta, hehe.. membawa kami mencari tempat penginapan. Sasaran di sekitar Jonker Walk.
Kami mendapat tempat penginapan, dengan harga lebih kurang RM150 utk 4 org.
Hehehe.. jom mulakan ekspedisi..
Sesi bergambar di St. Paul Church.
Sebab sampai agak lewat, byk tempat yang da tutup, jadi kami pun berjalan2 menikmati suasana.
Setelah terserempak dengan bot di Sg Melaka ni, kiteorg pon rancang untuk menaikinya pada malam itu.. heheh
Sebelum menaiki bot, kiteorg g jengjalan kat sekitar Jonker Walk, aktiviti malam itu banyak dimonopoli oleh org tua .. memang bersemangat dorang ni..
Tak silap aku, tambang untuk bot tu rm10, dan kami telah dibawa menyusuri Sg Melaka selama 45 minit, seronok tu..
Malam tu kiteorg jadi kutu rayau, abis sume tempat kiteorg hinggap.. hehe.. best, tapi malam tu ada kejadian yang menyayat ati, dimana seekor tikus dilanggar mati di depan mata kiteorg.. huhuhu
Malam tu Onie datang, dan membawa kami bersiar ke sebuah kampung di tepi sungai, tempat tu memang cantik waktu memalam, sbb lampu yang menghiasi rumah dorang ni..
Pastu, Onie bawak kiteorg g makan asam pedas Melaka di Pokok Besar, haha.. memang terbaik lah asam pedas kat sini.. ye la, Melaka la katakan.. heheh~ Lepas makan tu kiteorg balik dan tidor.. hahah memang menaikkan lemak masing-masing..
Keesokkan harinya, kami melawat Muzium Budaya.. memang banyak ilmu baru yang aku dapat, dan membuatkan aku terasa cetek sangat mengenai budaya dan sejarah negara aku sendiri.. hehe~
Dan akhir sekali, kami melawat ke Mini Malaysia & Asean, agak terkejar-kejar juga sebab kami g beli tiket bas dulu sebelum kesini, dan bila sampai je situ, tak sempat nak meronda. Tapi situ memang menarik, tiket dia RM6 sahaja, banyak rumah yang kami masuk.. huhuh.. cantik..
Bas kami bertolak pada jam 8 malam, kami tergesa-gesa bertolak dari tempat ikan bakar, dan Alhamdulillah kami sempat menaiki bas kami. Walaupun hanya 2 hari saja tempoh untuk kiteorg bercuti, hehe.. kami berjaya melawat hampir 35+% tempat yang menarik di Melaka. Apa-apa pun terima kasih kepada Nas,Aiman dan Onie untuk percutian yang menarik ini.. Alhamdulillah..