|
![]() Assalamualaikum.. (malas lah nak cakap kedah, orang cakap aku cakap kedah cam cakap thailand) Aku baru je lepas balik Kulim, Kedah. Hehe.. terima kasih kat Zaim sebab pelawa aku g sane.. terima kasih juga kerana dia byk tanggung aku kat sana, semoga Allah murahkan rezeki dia Kiteorg mulanya nak berkhemah kat halaman belakang rumah tinggal makcik Zaim, tapi keadaan tidak mengizinkan apabila hujan turun dengan lebat nye sehingga meruntuhkan khemah kami, dan memadamkan unggun api kami, ape lagi chow duk dalam rumah tinggal tu la, rumah tu da 3 tahun tidak berpenghuni.. haha.. mencabarkan? heheh~ dan untuk pengetahuan korang, da sebulan rasenya tak hujan kat situ.. huhuhu.. memang kedatangan kiteorg ni dicabar.. hahah Kat situ gak kiteorg belajar memasak dengan dapur kayu.. best gak.. kira macam hidup berdikari sket la kat situ, dapat aku rase camne zaman abah ngan mak aku masa kecik2 dulu.. hehe.. situ yang seronoknya ada bukit depan rumah, dan rumah makcik Zaim ni agak terpelosok kedalam, takde jiran kiri kanan.. hehe.. hutan/semak kiri kanan.. sonok2.. ok lah, kita sambung tengok gambar aku yg tak seberapa ni.. ![]() Menaiki bas ke Kulim, RM33 bertolak pkl 10.30pg. ![]() Mencekik kat stesen bas Kulim, RM5 nasi goreng kampung telur mata + limau ais. ![]() Naik teksi ke rumah kawan Zaim, menginap 1 malam kat situ. ![]() Sampai kat rumah kawan Zaim gi amik kunci rumah tinggal makcik Zaim. ![]() Esoknya kiteorg naik bas bertolak ke Karangan, tempat untuk berkhemah. ![]() Penat wo berjalan kaki dari simpang jalan sampai la ke rumah tinggal makcik zaim, +- 2KM. ![]() Haha! sampai jugak akhirnya~ ![]() Kiteorg disambut oleh beberapa ekor kelawar, rasa cam Batman dah.. ![]() Tertekan dengan khemah yang roboh, kiteorg pun mandi hujan. sonok2.. ![]() Suasana dihalaman rumah tinggal makcik Zaim.. indah permai.. ![]() Memasak nasik diluar rumah.. hehe~ Jutaan terima kasih kepada :- - Allah S.W.T - Zaim - Pakcik Adam dan isteri - Ustaz jiran rumah tinggal - Keluarga kawan Zaim - Kawan Zaim p/s:- murah gak kos hidup kat sane.. huhuh.. |